Pasti ramai yang dah tahu kan kalau nak jadi idola, ada beberapa syarat yang harus diikuti termasuklah mengekalkan badan yang langsing.
Baru-baru ini, 2NE1 telah tampil sebagai tetamu dalam “You Quiz on the Block”, di mana ahli berkongsi tentang persiapan mereka untuk konsert jelajah dan pelbagai lagi.
Selain itu, CL juga ada mengimbas kembali pengurusan diet mereka ketika menjadi pelatih di YG Entertainment. Kongsinya,
Kami terpaksa menulis semua yang kami makan dalam buku log. Kami memesan dari restoran Korea tempatan dan ada makanan tertentu yang kami dilarang untuk makan.
Sambungnya lagi,
Hanya Dara unnie sahaja yang dibenarkan makan ‘dakbokkeumtang’ (ayam masak berempah), manakala kami yang lain terhad kepada rebusan tauhu lembut berempah.
Celah Minzy secara berseloroh,
Kami secara rahsia menulis nama Dara unnie dalam buku log dan masukkan ‘tonkatsu’ (daging khinzir goreng).
Banyak makanan ni tak boleh makan!