Ikuti Kami:

“Sampai Tapak Tangan Koyak” – Pelakon Zombi Kongsi Pengalaman Muncul Dalam ‘All Of Us Are Dead’

“Sampai Tapak Tangan Koyak” – Pelakon Zombi Kongsi Pengalaman Muncul Dalam ‘All Of Us Are Dead’

Selain pelakon utama dalam “All Of Us Are Dead”, pelakon yang memainkan watak zombi dalam drama tersebut turut tidak terkecuali dalam persembahan hebat mereka kan?

Pada siaran 21 Februari program radio “Park Myung-soo’s Radio Show”, ianya telah menampilkan pelakon Nam Sang-woo dan Kim Dan-bi, yang muncul dalam siri asal Netflix “All of Us Are Dead”. Kedua-duanya adalah pelakon yang pakar dalam peranan zombi dan telah muncul dalam pelbagai filem zombi lain seperti “Train to Busan” dan “Kingdom”. Nam Sang-woo menceritakan pengalamannya sebagai pelakon zombi,

Saya berlakon sebagai seorang manusia sebelum menjadi zombi buat kali pertama dalam ‘Train to Busan’. Selepas itu, saya terus menerima jemputan untuk memainkan peranan zombi. Pelakon zombi sering menghubungi satu sama lain. Ia hampir seperti keluarga dengan zombi yang sering saya lihat.

Dia juga berkongsi salah satu perkara sukar memainkan watak tersebut,

Jika anda memainkan peranan dengan sedikit solek, proses menerima solek khas mengambil masa sehingga 30 minit hingga satu jam, dan jika anda mengambil peranan besar sekali, proses solek mengambil masa kira-kira 3 jam. Ianya tidak mudah.

zombi all of us are dead

Kedua-dua mereka turut berkongsi bahawa terdapat risiko kecederaan yang tinggi ketika beraksi. Kim Dan-bi berkata,

Pelakon zombi banyak bergolek.

Nam Sang-woo menambah,

Sangat menyakitkan. Sesetengah orang pergi ke hospital dengan tapak tangan yang koyak.

DJ Park Myung-soo kemudiannya bertanya,

Saya dengar kadar gaji anda tinggi semasa ‘Kingdom’. Betul ke?

Kim Dan-bi menjawab,

Semasa ‘Kingdom’, gaji saya adalah sama, tetapi terdapat banyak episod bagi drama itu.

Nam Sang-woo turut memberi respon,

Memandangkan terdapat banyak episod, gaji terus masuk ke akaun bank saya seperti gaji bulanan pekerja pejabat.

zombi all of us are dead

Bukan senang tau nak berlakon jadi zombi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...