Dae-sung telah menceritakan kisah cinta pertamanya ketika zaman sekolah.
Dalam rancangan “Korea-Japan Top 10 Show”, ahli kumpulan lagenda BIGBANG iaitu Dae-sung telah berkongsi kisah sedih mengenai cinta pertamanya.
Dia berkata,
Cinta pertama saya ialah di sekolah rendah. Dari gred 1 sampai gred 4, saya ada suka dekat seorang gadis ni. Jadi, saya simpan perasaan dekat dia selama 4 tahun.
Tambahnya,
Bila saya dapat tahu yang saya akan berpindah, saya nak sangat luahkan perasaan saya dekat dia dan dua hari sebelum saya pindah, saya lari pergi jumpa dia.
Saya beritahu dia yang saya sangat sukakan dia tapi saya tak mengharapkan apa-apa.
Sambungnya lagi,
Saya tahu yang hubungan kami tak kemana, dan dari saya pindah sekolah, sehingga waktu sekarang ni saya masih lagi tak dapatkan apa-apa jawapan darinya.
Alaa sedihnya.. Cinta bertepuk sebelah tangan la ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.