Ikuti Kami:

“Sampai Mak Saya Nangis..” – Baju Dipenuhi Darah, Lee Joon Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah

“Sampai Mak Saya Nangis..” – Baju Dipenuhi Darah, Lee Joon Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah

Lee Joon telah menceritakan pengalamannya sebagai mangsa buli di sekolah.

Pada 27 April, Lee Joon telah membuat kemunculan sebagai tetamu dalam “Point Of Omniscient Interference”. Di mana dia telah mendedahkan sebab utama mengapa dia ingin membantu mangsa kepada keganasan sekolah.

Bekas ahli MBLAQ itu berkata,

Sejujurnya, saya sering dibuli dan dipukul sehingga zaman universiti. Malah, ianya sangat teruk sehingga saya susah nak berjalan dan ianya sering membuatkan mak saya menangis.

Tambahnya,

Pakaian sekolah saya selalu dipenuhi darah dan ianya sukar untuk dihilangkan. Jadi saya kena koyakkannya menggunakan gunting. Pembuli-pembuli tersebut pun pernah suruh saya buli pelajar lain tapi saya tak pernah lakukannya.

lee-joon-school

Sambungnya,

Sekarang semua dah berubah, selepas saya jadi selebriti, saya ada pergi ke satu majlis perkahwinan dan terserempak dengan pembuli-pembuli tersebut. Sejurus selepas mereka melihat saya, mereka terus cabut lari.

Kesiannya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...