Utama Gossip “Sampai Bila Nak Hidup Sebagai Bayang-Bayang Yoo Jaesuk?” – Ji Sukjin Jawab...

“Sampai Bila Nak Hidup Sebagai Bayang-Bayang Yoo Jaesuk?” – Ji Sukjin Jawab Soalan ‘Pedas’

ji sukjin yoo jaesuk

Semua mengetahui bahawa Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin merupakan sahabat baik sejak muda lagi sebelum menjadi pelawak bersama dan sebagai pengacara kini.

Tidak dapat dinafikan bahawa Yoo Jae-suk merupakan pengacara No 1 di Korea namun Ji Suk-jin juga terbukti merupakan pengacara yang mampu bertahan lama meskipun pelbagai perubahan yang berlaku dalam industri seni sejak beberapa dekad ini.

Terbaru, dalam rancangan “Dolsing Fourmen”, Ji Suk-jin telah menyertainya sebagai tetamu.

ji sukjin dolsing fourmen

Berkongsi mengenai pelbagai cerita, Tak Jae-hoon turut menanyakan soalan ‘pedas’ buat lelaki itu,

Kenapa awak berkeras ingin melakukan semuanya sendiri meskipun ia tidak berlangsung dengan baik?

Tak cukup dengan itu, Tak Jae-hoon turut ‘menembak’ dengan soalan ini,

Sampai bila awak nak terus hidup sebagai bayang-bayang Yoo Jae-suk?

ji sukjin dolsing fourmensbs

Jawab Ji Suk-jin dengan tenang,

Frasa ‘bayang-bayang’ adalah sangat menarik. Untuk mengatakan saya ialah bayang-bayang Yoo Jae-suk.. maknanya kami berada bersama. Cuma peranan kami berbeza. Apabila saya perlu menyokongnya, saya akan menyokongnya tapi terdapat ketika Jae-suk akan menyokong saya apabila saya memerlukannya.

Jawapan bijak dan telus Ji Suk-jin itu nyata menerima pujian ramai. Walaupun diasak dengan soalan yang agak kurang sensitif, namun lelaki itu terbukti ‘cool’ dan tidak melatah apabila menjawabnya.

Apa masalahnya kan kalau Ji Suk-jin dan Yoo Jae-suk begini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWikitree
Loading...