Ikuti Kami:

“Sampah” – Plot Berterabur Pelajar Sekolah, Ramai Kutuk Ending ‘Hierarchy’

“Sampah” – Plot Berterabur Pelajar Sekolah, Ramai Kutuk Ending ‘Hierarchy’

Ramai katanya yang kecewa dengan drama “Hierarchy”?

Drama itu membawa kisah remaja yang penuh dengan cinta, cemburu, dendam dan belas kasihan di sebuah sekolah berprestij.

Dalam episod akhir ini, dendam Kang-ha (Lee Chae-min) terbalas dan kesemua pelajar yang terlibat dengan pembunuhan abangnya telah menerima hukuman setimpal.

Walau bagaimanapun, ramai yang keliru dengan kesudahan di mana Jae-yi (Roh Jeong-ui) yang kononnya tidak berperasaan rupanya tidak dapat melepaskan kedua-dua lelaki iaitu Kang-ha dan Ri-an (Kim Jae-won).

Malah ramai yang tertanya-tanya mengapa Jae-yi terlepas dari plot balas dendam Kang-ha meskipun wanita itu merupakan antara yang terlibat. Tak kan hanya kerana cinta?

Komen penonton,

  • Saya marah dengan pengarah dan penulis.
  • Dah lah tiba-tiba kau gugur dan suka lelaki lain pulak.
  • Serius bosan drama ni.
  • Plot macam sampah.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.