Ikuti Kami:

Sambutan Halloween Bawa Tragedi, Ramai Sesak Nafas & 120 Maut Di Itaewon

Sambutan Halloween Bawa Tragedi, Ramai Sesak Nafas & 120 Maut Di Itaewon

Siapa sangka sambutan yang sepatutnya meriah berakhir dengan kematian di Itaewon pada lewat malam tadi.

Lapor Yonhap News, perkhidmatan kecemasan mendedahkan bahawa 100 tercedera dan 120 maut di kawasan tarikan pelancong itu.

Malah video yang merakam detik cemas di mana beg mayat di tepian jalan, paramedik serta orang awam yang cuba memberikan bantuan pernafasan dan lambakan orang yang bertindih antara satu sama lain tular di serata media sosial sejak beberapa jam lalu.

Dalam pada itu, presiden Korea Selatan iaitu Yoon Suk-yeol mengadakan mesyuarat tergempar selain datuk bandar Seoul iaitu Oh Se-hun dilaporkan telah menghentikan segala aktiviti di Eropah dan bakal pulang tak lama lagi.

itaewon halloween

Menurut laporan ramai, khabarnya terdapat lebih 100,000 robu orang memenuhi kawasan itu dan ianya menjadi terlalu sempit untuk dilalui semua.

Selepas kejadian yang berlaku berhampiran Hotel Hamilton itu menjadi kian buruk, pihak penguasa telah mengarahkan kesemua pengunjung dan orang ramai supaya kembali ke kediaman masing-masing bagi mengelakkan perkara yang tidak dijangka dari berlaku.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...