Walaupun sentiasa ‘low profile’, namun ramai yang seronok melihat keutuhan perkahwinan pasangan pelakon Jisung dan Lee Bo-young.
Terbaru, pasangan kesayangan ramai tersebut yang jarang muncul bersama di khalayak umum telah membuat kejutan apabila mendedahkan beberapa keping foto dari photoshoot majalah Allure.
Kelihatan manja bersama selain berpakaian pengantin kasual, peminat nyata tidak mampu menyembunyikan rasa kagum melihatkan pandangan penuh kasih sayang pasangan itu meskipun sudah sedekad berkahwin.
Malah ramai yang mendoakan Jisung dan Lee Bo-young serta anak-anak mereka terus berbahagia sehingga akhirnya. Tak kurang juga ada yang berharap mereka akan muncul dalam satu naskhah drama yang sama.
Comel!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.