Ikuti Kami:

Sambut Ulang Tahun Ke-8 Kumpulan, Semua Ahli GOT7 Jumpa Peminat Di ‘Instagram Live’

Sambut Ulang Tahun Ke-8 Kumpulan, Semua Ahli GOT7 Jumpa Peminat Di ‘Instagram Live’

GOT7 telah bersatu semula sempena ulang tahun ke-8 mereka!

Pada 15 Januari, kesemua tujuh ahli GOT7 telah menyertai strim langsung di Instagram, yang dimulakan oleh ketua kumpulan Jay B, disertai oleh rakan ahli Jin-young. BamBam, Yu-gyeom dan Young-jae juga kelihatan bersama-sama, dengan Jackson menelefon dari China, dan Mark di California. Semasa siaran langsung, Jay B berkata,

Kerana COVID-19, sukar untuk kami berkumpul, tetapi kami mahu tetap meraikannya, jadi kami melakukannya melalui siaran langsung. Terima kasih dan tahniah untuk lapan tahun ini kepada semua peminat kami.

got7 instagram live

Selain itu, mereka turut menyatakan hasrat untuk merakamkan lagu baharu bersama apabila tiba masanya. Semasa siaran, kumpulan itu berkongsi perkara yang mereka lakukan sejak kebelakangan ini. BamBam berkongsi tentang kuarantinnya baru-baru ini dan album baharu akan datang, Mark membincangkan tentang muzik baharunya, dan Jackson secara samar-samar memberi bayangan bahawa dia sedang dalam persiapan untuk ‘sesuatu’. Jin-young pula mendedahkan bahawa dia akan memulakan penggambaran filem, dan Jay B berkata dia kini hanya berada di rumah, kerana dia baru sahaja selesai merakamkan muzik baharu tanpa tarikh keluaran lagi.

Ahli-ahli juga meraikan penampilan sulung Young-jae sebagai pelakon, dan ahli yang lebih muda secara main-main mengusik Mark dan Jay B, kerana tahun 2022 adalah tahun umur mereka mencecah 30 tahun dalam usia Korea.

got7

Peminat turut meraikan ulang tahun ke-8 GOT7, dengan menggunakan hashtag ‘#GOT7_FOR8VER’, dan ‘#8YearsWithGOT7’ yang telah trending seluruh dunia di Twitter.

Mesti ramai yang rindu GOT7 kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...