Ikuti Kami:

Sambut Ulang Tahun Ke-5, BLACKPINK Bakal Tayang Filem ‘BLACKPINK: The Movie’ Ogos Ini

Sambut Ulang Tahun Ke-5, BLACKPINK Bakal Tayang Filem ‘BLACKPINK: The Movie’ Ogos Ini

Diam tak diam, sudah 5 tahun pun usia kumpulan idola popular iaitu BLACKPINK.

Bagi menyambut hari istimewa itu, kumpulan yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa itu akan menayangkan filem pertama mereka berjudul “BLACKPINK: The Movie”.

Malah perkara itu telah disahkan oleh YG Entertainment sendiri, dan ianya akan menemui peminat seluruh dunia pada 8 Ogos nanti. Filem ini dikhabarkan sebagai merupakan ‘acara besar’ bagi menyambut ulang tahun ke-5 mereka.

blackpink: the movie

“BLACKPINK: The Movie” akan menayangkan pelbagai segmen seperti ‘The Room of Memories’, ‘Beauty’, ‘Unreleased Special Interviews’ dan juga rakaman belakang tabir konsert jelajah ‘In Your Area’ pada tahun 2018 dan ‘The Show’ pada awal tahun ini.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengumumkan satu projek istimewa yang dinamakan ‘4+1 PROJECT’.

BLINK, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai acara ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...