Ikuti Kami:

Sambut Ulang Tahun Ke-15 Bersama, KARA Beri Petunjuk Untuk Comeback Kumpulan?

Sambut Ulang Tahun Ke-15 Bersama, KARA Beri Petunjuk Untuk Comeback Kumpulan?

Setelah lama menyepi, semua ahli KARA telah berkumpul kembali dengan semua ahli bagi menyambut ulang tahun ke-15 mereka.

Untuk pengetahuan, KARA secara rasmi memulakan kerjaya pada 29 Mac 2007 sebagai kumpulan gadis 4 ahli dengan Park Gyu-ri, Han Seung-yeon, Kim Sung-hee dan Nicole. Selepas Kim Sung-hee keluar, Goo Ha-ra dan Kang Ji-young menyertai KARA dan membuat promosi sebagai kumpulan 5 ahli.

Pada 2014, Nicole dan Kang Ji-young pula keluar dari kumpulan itu serta Heo Young-ji menyertai sebagai ahli baharu. Malangnya, kumpulan itu secara rasmi dibubarkan pada 2016 dan ahli Goo Ha-ra meninggal dunia secara mengejut pada 2019.

KARA

Terbaru, KARA telah menyambut ulang tahun ke-15 mereka dengan semua ahli termasuk bekas ahli Nicole dan Kang Ji-young. Bukan itu sahaja, peminat juga perasan Nicole dan Kang Ji-young telah mula mengikuti Heo Young-ji iaitu ahli terbaru KARA di Instagram.

Dengan interaksi tidak disangka yang berlaku ini, peminat telah mempunyai jangkaan bahawa bekas ahli dan ahli KARA sekarang akan membuat kemunculan semula bersama buat peminat yang setia menanti. Ianya tak mustahil kerana sebelum ini, Nicole sendiri pernah menyatakan,

Sudah tentu kemunculan semula secara keseluruhan adalah mungkin. Tetapi kita masih memerlukan sedikit masa lagi. Jika kita semua mendapat masa yang betul, saya fikir kita akan dapat menunjukkan kepada anda persembahan yang hebat.

KARA reunion

Semua mesti seronok ni kalau KARA buat comeback!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...