Ikuti Kami:

Sambut Ulang Tahun Ke-15, HIGHLIGHT Umum Bakal Kembali Dengan Album Baru Tak Lama Lagi

Sambut Ulang Tahun Ke-15, HIGHLIGHT Umum Bakal Kembali Dengan Album Baru Tak Lama Lagi

Kumpulan HIGHLIGHT sedang di dalam persediaan untuk melakukan kemunculan semula bagi menyambut ulang tahun mereka yang ke-15.

Pada 31 Januari, agensi HIGHLIGHT telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa kumpulan itu sedang membuat persediaan untuk album terbaru mereka.

Terlebih dahulu pada Oktober 2023, kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang ahli ini telah mengeluarkan single digital bagi ulang tahun ke-14 mereka yang berjudul “Give You My All”.

Kumpulan ini bukan sahaja bakal menyambut ulang tahun mereka yang ke-15, malah mereka juga telah merancang pelbagai aktiviti buat peminat yang setia bersama mereka.

highlight-cover

Sementara itu, HIGHLIGHT telah memulakan kerjaya mereka pada tahun 2009 sebagai kumpulan bernama BEAST yang dianggotai oleh 6 orang penyanyi.

Kumpulan itu seterusnya telah menjalani pertukaran nama pada 2017 dengan 4 orang ahli, menjenamakan semula diri mereka sebagai HIGHTLIGHT dan mengekalkan kehadiran aktif mereka dalam industri muzik.

Korang dah sedia ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...