Ikuti Kami:

Sambut Hari Jadi Ke-40, Song Jihyo Ucap Terima Kasih Atas Ingatan Peminat

Sambut Hari Jadi Ke-40, Song Jihyo Ucap Terima Kasih Atas Ingatan Peminat

Diam tak diam, pelakon dan ahli “Running Man” popular iaitu Song Ji-hyo menyambut hari jadi yang ke-40 (mengikut umur Korea) hari ini. Nampaknya, wanita itu menerima penghargaan ramai apabila dia menerima ucapan kasih sayang yang banyak menerusi penghantaran hadiah, kek, bunga dan pelbagai lagi.

Lewat tengah malam semalam, Song Ji-hyo telah memuat naik sebuah entri penghargaan di laman Instagramnya buat semua yang mengingati hari bermakna itu. Bahkan pelakon itu tak lupa untuk memuat naik beberapa gambar comel yang ditangkap bersama hadiah yang diterimanya.

Semua, semua.. terima kasih, terima kasih sangat, sangat, sangat kerana mengucapkan selamat hari jadi buat saya.. terima kasih kepada anda semua, saya akan menyambutnya dengan gembira. Sekali lagi, terima kasih kerana menyambut hari lahir saya!!!!

Malahan ahli “Running Man” iaitu Haha turut meninggalkan komen pada entri tersebut,

Ji-Hyo!!!! Semoga awak gembira, gambira, gembira, pada hari jadi awak!!!

haha ucap selamat hari jadi buat song jihyo

Walaupun masih berusia 39 tahun bagi umur antarabangsa tetapi siapa sangka Song Ji-hyo dah dianggap 40 tahun jikalau mengambil kira usia Korea. Sentiasa nampak muda sentiasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...