Selamat hari jadi yang ke-25 buat Rosé BLACKPINK!
Pada 11 Februari hari ini, merupakan ulang tahun yang ke-25 buat Rosé BLACKPINK dan dan untuk meraikannya, penyanyi itu telah menyediakan kejutan yang sangat istimewa buat peminat.
Sebelum menyiarkan video cover lagu yang penuh emosi bagi lagu “Viva La Vida” nyanyian asal oleh Coldplay, Rosé telah memuat naik satu foto di Instagram dengan kapsyen,
25 (sekali lagi).
Sedikit sesuatu untuk anda semua di saluran YouTube saya.
Beberapa jam kemudian, dia terus memuat naik video cover lagu tersebut, yang mana telah menggembirakan peminat, dan kini telah meraih lebih 1 juta tontonan! Dengarkan lagu “Viva La Vida”, dinyanyikan oleh Rosé di bawah!
Sementara itu, peminat turut meraikan hari istimewa ini, dengan hashtag #OurRockstarROSÉDay dan tagline ‘HAPPY HALF FIFTY ROSÉ’, yang kini telah mencecah ratusan ribu tweet di Twitter.
Merdu betul suara Rosé!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.