Ikuti Kami:

Sambut Hari Jadi Di Bar, Hwiyoung & Chani SF9 Langgar SOP Penjarakan Sosial

Sambut Hari Jadi Di Bar, Hwiyoung & Chani SF9 Langgar SOP Penjarakan Sosial

Dilaporkan bahawa Chani dan Hwi-young daripada kumpulan SF9 telah didapati bersalah kerana melanggar peraturan penjarakan sosial baru-bar ini.

Menurut laporan eksklusif, pihak polis telah dikerahkan ke sebuah bar di Nonhyeon-dong, Gangnam pada jam 1 pagi, 18 Januari lalu selepas menerima laporan terdapat premis perniagaan yang terus beroperasi melepasi waktu yang ditetapkan kerajaan. Apabila tiba, pintu bar berkenaan dikunci lantas polis dan bomba telah memasuki premis tersebut secara paksa.

Didapati bahawa terdapat 15 orang di dalamnya termasuklah Chani dan Hwiyoung. Polis kemudiannya menaham kesemua individu di bar itu termasuklah pelanggan dan staf kerana melanggar peraturan yang ditetapkan. Pihak polis khabarnya sedang menyiasat sama ada kumpulan itu menyambut hari jadi Chani memandangkan ianya berlaku pada 17 Januari lalu.

chani hwiyoung sf9

FNC Entertainment kemudiannya mengesahkan laporan berkenaan dan memohon maaf atas salah laku kedua ahli SF9 itu,

Kami telah mengesahkan bahawa artis kami sudah melanggar peraturan penjarakan sosial pada 18 Januari, jam 1 pagi.

Hwiyoung dan Chani melawat Texas Hold’em Pub di Nohyeon-dong selepas menerima panggilan telefon dari rakan yang mahu menyambut hari jadi Chani. Hal ini berlaku selepas jadual mereka tamat di penghujung hari. Dalam proses itu, kedua mereka disiasat kerana kesalahan mengingkari peraturan penjarakan sosial.

Memang jelas mereka berdua tidak bertanggungjawab dan cuai dalam membuat keputusan dan mereka menyalahkan diri sendiri kerana menyebabkan kerisauan bukan sahaja dalam kalangan peminat namun juga orang awam. Mereka sedang bermuhasabah diri atas kesalahan itu.

Kami memohon maaf atas kecuaian kami dalam menguruskan mereka. Kami akan menjaga artis kami dengan lebih teliti dan akan menyusun cara bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku lagi.

Semoga jadi pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...