Ikuti Kami:

“Bawa TOP Sekali” – Sambut 20 Tahun Debut, G-Dragon Umum Comeback & World Tour BIGBANG Pada 2026 Nanti

“Bawa TOP Sekali” – Sambut 20 Tahun Debut, G-Dragon Umum Comeback & World Tour BIGBANG Pada 2026 Nanti

Ada berita gembira untuk VIP!

Baru-baru ini, G-Dragon telah ‘terbang’ ke Sydney, Australia, untuk konsert jelajahnya ‘Übermensch’ yang berlangsung di Qudos Bank Arena.

Selain mempersembahkan banyak lagu hitnya seperti “That XX” dan “Crayon”, lelaki itu turut sempat berkongsi tentang rancangan BIGBANG untuk tahun depan.

Kongsinya buat peminat teruja,

Tahun depan menandakan ulang tahun ke-20 BIGBANG dan kami akan kembali. Saya tidak pasti sama ada ia akan menjadi kemunculan semula dengan album baru atau konsert jelajah tetapi ya, BIGBANG akan kembali!

Sementara itu, peminat juga berharap agar T.O.P akan kembali reunion bersama BIGBANG untuk ulang tahun debut mereka nanti.

Simpan duit dari sekarang tau korang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...