Ikuti Kami:

Sambung Legasi Raja Pop Dunia, Nama BTS Disebut Dalam Dokumentari Michael Jackson

Sambung Legasi Raja Pop Dunia, Nama BTS Disebut Dalam Dokumentari Michael Jackson

BTS sekali lagi telah membuktikan pengaruh mereka.

Pada 1982, Raja Pop dunia iaitu Michael Jackson, telah mengeluarkan album “Thriller” yang juga merupakan album yang paling laris dijual sepanjang masa.

Bagi meraikan ulang tahun ke-40 album itu, dokumentari bagi album tersebut telah dikeluarkan dan peminat mendapati bahawa nama BTS juga terkandung di dalam dokumentari tersebut.

Di mana, beberapa orang wartawan muzik dan budaya telah menyatakan bahawa pengaruh Raja Pop dunia itu dapat dilihat di dalam industri K-Pop terutamanya selepas BTS mengeluarkan lagu “Dynamite” yang diinspirasikan daripada Michael Jackson pada tahun 2020.

Malah, peminat juga telah membandingkan persamaan tarian lagu tersebut dengan gaya tarian Michael Jackson, menunjukkan penghormatan kumpulan itu kepada Michael Jackson.

Dalam masa yang sama, ini bukan kali pertama kumpulan itu menerima laungan di atas penghormatan mereka kepada Michael Jackson.

Pada tahun 2021, anak lelaki kepada Raja Pop dunia itu iaitu Prince Jackson, telah berkongsi penghargaannya serta berterima kasih kepada kumpulan tersebut kerana menghormati dan sudi untuk menyambung legasi ayahnya.

Rata-rata peminat juga gembira dan bangga kerana BTS terus diiktiraf oleh beberapa nama terbesar di dalam industri muzik dunia.

Gempaknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...