Utama Celebrity News Sambung Aktiviti Lakonan, Kim Kibum Bekas Ahli Super Junior Sah Sertai PA...

Sambung Aktiviti Lakonan, Kim Kibum Bekas Ahli Super Junior Sah Sertai PA Entertainment

kim kibum

Lama kan tak dengar khabar berita mengenai bekas ahli Super Junior iaitu Kim Ki-bum?

Terbaru, lelaki itu disahkan menyertai label pengurusan PA Entertainment bagi menyambung karier lakonannya.

Ulas agensi berkenaan,

Kami telah menandatangani kontrak eksklusif bersama Kim Ki-bum dan merancang untuk memberikan sokongan penuh supaya dia dapat menyambung aktiviti promosi sebagai pelakon. Sila berikan perhatian dan sokongan anda.

kim kibum

Untuk pengetahun, Kim Ki-bum memulakan karier seninya sebagai pelakon dalam drama “Sharp 2” sebelum menyertai Super Junior pada tahun yang sama. Kali terakhir dia berlakon adalah dalam siri di China bertajuk “Lucky Tianbao” pada tahun 2016.

Dalam pada itu, dia akan mengadakan perjumpaan peminta solo pada Mac ini bagi menyapa peminat Korea setelah sekian lama tidak berjumpa.

Ramai kan yang rindukannya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...