Sama Kumpulan Dalam Episod ‘Running Man’ Terbaru, Solar MAMAMOO Dedah Song Jihyo Beri Hadiah

song jihyo beri hadiah pada solar mamamoo

Bukan khabar angin semata-mata, Solar daripada kumpulan MAMAMOO dedah kebaikan Song Ji-hyo semasa mereka merakamkan rancangan “Running Man” bersama baru-baru ini.

Bagi yang belum menonton, Solar telah muncul dalam episod program itu pada 2 Ogos kelmarin bersama tetamu lain seperti Jessi, So-mi dan Lee Young-ji.

[Amaran SPOILER]

Semasa menjalani misi “Find Your Family”, idola itu telah digandingkan dengan Song Ji-hyo dan Jung So-min dalam satu kumpulan yang sama dan menjadikan mereka sebagai satu-satunya kumpulan dengan semuanya ahli perempuan. Walaubagaimanapun, pada akhir episod, Solar telah diberi pilihan untuk membolot sendirian markah yang dikumpulnya ataupun melepaskan hadiah yang diberikan sekaligus membolehkan kumpulannya diangkat sebagai pemenang keseluruhan.

song jihyo beri hadiah pada solar mamamoo

Tanpa berfikir panjang, Solar memilih untuk melepaskan 70 markah miliknya bagi memastikan dia, Song Ji-hyo dan Jung So-min diumum sebagai pemenang episod tersebut. Pun begitu, idola itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada hadiah sistem audio berasingan tersebut.

Selepas sahaja episod itu ditayangkan, mengharukan apabila Solar memuat naik sekeping gambar bersama satu kotak yang berisi sistem audio. Menurutnya,

Song Ji-hyo telah memberikan saya hadiah. Mesti tindakan saya melepaskan hadiah ini bermain-main di fikirannya, sehingga dia menghantarnya secara terus ke syarikat naungan saya.

Saya minta maaf dan berterima kasih, saya telah mencipta kenangan yang sangat baik. Saya berusaha keras semasa penggambaran ‘Running Man’ dan saya sangat seronok dan suka kerana berada dalam kumpulan dipenuhi dengan wanita yang hebat. Kuasa perempuan!”

song jihyo beri hadiah pada solar mamamoo

Bukan sistem audio sembarangan, rupanya ia adalah hadiah yang sama yang sepatutnya dimenangi oleh Solar ketika episod itu. Bahkan kalau sesiapa yang sudah menonton perasan, Song Ji-hyo kelihatan tekun membelek sistem audio tersebut semasa akhir episod tersebut.

song jihyo beri hadiah pada solar mamamoo

Episod ini serius best tahu, semua jangan lupa tengok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

2 KOMEN

Leave a Reply