Ikuti Kami:

“Sama Cantik Sama Padan” – Video Mesra Kim Jisoo Dengan Wanita Filipina Cetus Khabar Angin Percintaan

“Sama Cantik Sama Padan” – Video Mesra Kim Jisoo Dengan Wanita Filipina Cetus Khabar Angin Percintaan

Selepas terpalit kontroversi buli, lama betul kan tak dengar khabar tentang pelakon Kim Ji-soo..

Terbaru, Ji-soo telah menyiarkan video baru menerusi TikTok peribadinya, menunjukkan bahawa dia sedang belajar bahasa Tagalog daripada seorang wanita di sana.

Dalam video itu, Ji-soo dilihat tidak berbaju dan dengan penuh semangat mengikut apa yang wanita itu sedang mengajarnya.

Untuk pengetahuan, wanita dalam video itu adalah Bey Pascua, seorang penyanyi dan penulis lagu popular dari Filipina, yang berpangkalan di Los Angeles.

Khususnya, ramai yang memuji keserasian mereka, menimbulkan tanda tanya tentang hubungan sebenar antara Bey dan Ji-soo.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan atau bukti kukuh sekiranya hubungan mereka lebih daripada kawan.

Kalau betul bercinta pun apa salahnya kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...