Ikuti Kami:

Sama Berlakon ‘It’s Okay To Not Be Okay’, Jang Youngnam Beri Pujian Melambung Pada Kim Soohyun & Seo Yeji

Sama Berlakon ‘It’s Okay To Not Be Okay’, Jang Youngnam Beri Pujian Melambung Pada Kim Soohyun & Seo Yeji

Dah nak hampir seminggu tamat, kehebatan drama “It’s Okay To Not Be Okay” masih lagi meniti di bibir ramai orang. Plotnya yang mantap malahan barisan pelakon yang menunjukkan mutu persembahan terbaik nyata menjadikan drama itu sebagai antara yang terbaik untuk tahun 2020 ini.

Naskhah ini menceritakan kisah romantik dengan elemen psikologi berat ini menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

pengajaran it's okay to not be okay

Rasanya babak yang paling meninggalkan kesan pada penonton ialah apabila pendedahan ibu Mun-yeong ialah sebenarnya merupakan Jururawat Park yang berada di samping mereka selama ini namun tidak disedari oleh seorang pun. Jang Young-nam ternyata berjaya membawa watak jururawat yang prihatin dan berubah kepada penulis Do Hui-jae yang psiko dengan ‘smooth’ sekali.

Meskipun ramai yang memuji lakonan hebat wanita sampaikan ada yang terbawa-bawa sehingga mimpi gelaknya yang seram itu, Jang Young-nam sepertinya sangat menghargai dan memuji lakonan yang ditonjolkan oleh pelakon muda seperti Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji.

episod akhir it's okay to not be okay

Pelakon wanita yang berpengalaman itu memuji Kim Soo-hyun kerana baik dengan orang lain selain merupakan seorang yang ceria.

Kim Soo-hyun sangat baik dengan orang. Dia juga ceria dan sepertinya dia juga berlawan dengan dirinya sendiri. Dia merupakan seorang rakan yang baik. Kadang-kadang saya melihat dia seperti anak anjing, selalu menyapa saya dengan mesra. Cakap hello dan sebagainya. Saya sangat berterima kasih sampai terfikir ‘Orang ini adalah seorang bintang, kan?’

Apabila dia berlakon, matanya berubah 180 darjah. Walaupun masih lagi muda, tapi dia sangat hebat. Saya tak ada pilihan dan hanya merasakan bahawa saya juga perlu menjadi seperti itu. Disebabkan itu, pertemuan di antara yang jahat dan yang baik terjadi secara semula jadi. Dia seorang rakan yang muda dan bekerja keras seperti pelakon baru namun memahami lakonan kerana penerimaannya yang baik. Seorang yang sangat menarik.

it's okay to not be okay

Seo Ye-ji juga tak lepas menerima pujian melambung daripada Jang Young-nam. Dengan rupanya yang seperti patung, sudah pasti ramai yang terpegun melihatnya.

Saya mahu bekerja dengan Seo Ye-ji pada masa hadapan sebagai seorang ibu yang baik. Dia sangat ghairah terhadap kerjanya dan bekerja dengan keras. Saya dengar dia mempunyai jadual seni yang sangat padat sampaikan dia hanya boleh tidur selama 30 minit sahaja, tapi ia langsung tak jejaskan kerjanya. Dia juga sangat cantik. Apabila saya melihat poster drama buat pertama kalinya, saya terfikir ‘Dia seperti patung’. Semasa dia sedang duduk ketika sesi pembacaan skrip, saya dengan gementar berkata ‘Awak sangat cantik, bangga dapat berlakon bersama awak.’ Seronok dapat berlakon dengan Seo Ye-ji sebagai ibunya. Dia juga merupakan seorang rakan yang baik. Dia pasti akan memluk saya setiap kali saya ingin pulang selepas penggambaran tamat. Saya peluk dia juga apabila penat, mungkin dia suka peluk saya kerana saya kecil. Mereka adalah rakan yang baik.

it's okay to not be okay

Melambung betul pujian yang diberikan kepada Seo Ye-ji dan Kim Soo-hyun tapi memang patut pun! Kesemua mereka berjaya menghidupkan watak yang dipertanggungjawabkan sehingga ramai yang tak lepas menonton “It’s Okay To Not Be Okay”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...