Ikuti Kami:

Sakura & Chaewon Bekas Ahli IZ*ONE Akan Sertai Kumpulan Gadis Baharu HYBE Bawah Source Music

Sakura & Chaewon Bekas Ahli IZ*ONE Akan Sertai Kumpulan Gadis Baharu HYBE Bawah Source Music

Bekas ahli IZ*ONE Miyawaki Sakura dan Kim Chae-won akan menjadi rakan sekumpulan sekali lagi!

Pada 14 Mac, wakil Source Music, yang merupakan sebahagian daripada HYBE Labels, mengumumkan,

Miyawaki Sakura dan Kim Chae-won telah menandatangani kontrak eksklusif dengan agensi itu atas dasar kepercayaan bersama. Mereka akan membuat penampilan sulung sebagai kumpulan gadis pertama yang dilancarkan melalui kerjasama HYBE dan Source Music. Sila tunjukkan banyak jangkaan dan sokongan untuk dua artis yang akan menunjukkan sisi baharu diri mereka di Source Music, yang mementingkan muzik yang baik dan nilai kandungan.

Sekadar info, Miyawaki Sakura pertama kali membuat debutnya di Jepun sebagai ahli HKT48 pada 2011. Bersama Kim Chae-won, kedua-dua mereka menyertai program Mnet “Produce 48” pada 2018, dan mereka memulakan kerjaya sebagai ahli IZ*ONE. Selepas kumpulan projek itu dibubarkan, Miyawaki Sakura juga telah berpisah dengan agensi pengurusan Jepunnya.

sakura chaewon izone

Nantikan debut kumpulan gadis baharu Source Music!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...