Ikuti Kami:

“Sakitnya” – Lee Bumsoo Elak Cerai, Lee Yunjin Terpisah Dengan Anak Lelaki & Minta Bantuan Pengikut IG

“Sakitnya” – Lee Bumsoo Elak Cerai, Lee Yunjin Terpisah Dengan Anak Lelaki & Minta Bantuan Pengikut IG

Lee Yun-jin, yang sedang dalam proses perceraian dengan pelakon Lee Bum-soo sepertinya tidak dapat menghubungi anak lelakinya, Da-eul.

Kelmarin, wanita itu dilihat menulis di ruangan komen Instagram untuk meminta bantuan pengikutnya,

Sekiranya ada sesiapa yang tahu berita mengenai Da-eul, sila hantar mesej terus (DM).

Kemudian, seorang netizen dengan anak yang bersekolah di sekolah yang sama dengan anak lelakinya itu telah menyampaikan berita,

Da-eul kali ini duduk meja berpasangan dengan anak saya di sekolah, dia baik-baik sahaja kini. Anak saya yang memberitahu dahulu sebelum saya membaca hal ini dalam berita. Saya rasa awak mesti ingin tahu, oleh itu saya menghantar mesej namun ianya tak diterima. Jadi, saya menulisnya di sini.

lee yunjin lee bumsoo

Sebelum ini, Lee Yun-jin meluahkan segala kepincangan di dalam rumah tangganya selain Lee Bum-soo yang langsung tak memberikan kerjasama untuk berpisah secara damai. Malah anak perempuan mereka, So-eul dikatakan dilarang kembali ke rumah di Seoul kerana memilih untuk belajar di sekolah antarabangsa di Bali.

Oleh itu, Lee Yun-jin sepertinya terpisah dengan anak lelaki yang dikhabarkan berada di sisi Lee Bum-soo kini.

Ish ish..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...