“Sakit Hati” – BLACKPINK Sambut Ulang Tahun Debut Ke-8, Peminat Meluat Lihat Lisa Pentingkan Diri Sendiri?
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Pada 8 Ogos yang lalu, BLACKPINK telah menyambut ulang tahun debut mereka yang ke-8.
Setelah sekian lama, BLACKPINK kembali berkumpul untuk meraikan hari gembira itu bersama peminat dan turut mengadakan acara perjumpaan bersama ‘Blinks’ bertuah serta melakukan siaran langsung menerusi Weverse.
Selain itu di Instagram, ahli juga telah memuat naik foto mereka berempat, sambil meluahkan rasa terima kasih kepada peminat yang setia bersama mereka sejak debut.
Lisa is so selfish and im so sick of her selfishness.The other three members always share photos in an OT4 way but drama queen Lisa is always selfish and only shares photos of herself and tags @blackpink as if she loves her group so much This is Lisa’s usual selfish strategy.. pic.twitter.com/npMpwypUGI
— ilyada (@ild913786825159) August 8, 2024
Namun berbeza pula buat Lisa yang nampaknya langsung tidak berkongsi gambar mereka berempat dan sebaliknya hanya memuat naik fotonya seorang diri bagi meraikan ulang tahun debut BLACKPINK.
Dengan ini, segelintir peminat berasa kecewa dan mempersoalkan tindakan penyanyi “ROCKSTAR” itu.
Menerusi ruangan komen di Instagram Lisa, ada yang mengkritik,
- Ulang tahun kumpulan tapi langsung takde gambar dengan ahli.
- Jennie, Ji-soo dan Rosé tak wujud ke dalam hidup awak?
- Sakit hati tengok dia pentingkan diri sendiri.
- Langsung tak nak promote ahli sendiri.
- Ini adalah ulang tahun kumpulan tapi dia sibuk fikirkan dirinya je.
Hmm apa pendapat korang pula?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




