Ikuti Kami:

“Sakit Hati” – BLACKPINK Sambut Ulang Tahun Debut Ke-8, Peminat Meluat Lihat Lisa Pentingkan Diri Sendiri?

“Sakit Hati” – BLACKPINK Sambut Ulang Tahun Debut Ke-8, Peminat Meluat Lihat Lisa Pentingkan Diri Sendiri?

Pada 8 Ogos yang lalu, BLACKPINK telah menyambut ulang tahun debut mereka yang ke-8.

Setelah sekian lama, BLACKPINK  kembali berkumpul untuk meraikan hari gembira itu bersama peminat dan turut mengadakan acara perjumpaan bersama ‘Blinks’ bertuah serta melakukan siaran langsung menerusi Weverse.

Selain itu di Instagram, ahli juga telah memuat naik foto mereka berempat, sambil meluahkan rasa terima kasih kepada peminat yang setia bersama mereka sejak debut.

Namun berbeza pula buat Lisa yang nampaknya langsung tidak berkongsi gambar mereka berempat dan sebaliknya hanya memuat naik fotonya seorang diri bagi meraikan ulang tahun debut BLACKPINK.

Dengan ini, segelintir peminat berasa kecewa dan mempersoalkan tindakan penyanyi “ROCKSTAR” itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Menerusi ruangan komen di Instagram Lisa, ada yang mengkritik,

  • Ulang tahun kumpulan tapi langsung takde gambar dengan ahli.
  • Jennie, Ji-soo dan Rosé tak wujud ke dalam hidup awak?
  • Sakit hati tengok dia pentingkan diri sendiri.
  • Langsung tak nak promote ahli sendiri.
  • Ini adalah ulang tahun kumpulan tapi dia sibuk fikirkan dirinya je.

Hmm apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...