Ikuti Kami:

Ryu Hyeyoung Tanda Tangani Kontrak Baharu Bersama King Kong By Starship Entertainment

Ryu Hyeyoung Tanda Tangani Kontrak Baharu Bersama King Kong By Starship Entertainment

Terbaru, pelakon yang terkenal menerusi lakonannya di dalam “Law School” dan “Reply 1988″, Ryu Hye-young telah menjadi artis naungan di bawah King Kong By Starship Entertainment dan mengumumkan permulaan barunya.

Selepas penampilan sulungnya dalam filem pendek ” I’m a High School Girl”, Ryu Hye-young turut muncul dalam pelbagai karya, filem bebas dan cereka, malah telah membina filemografi mantap oleh dirinya sendiri.

Dalam pada itu, dia paling menarik perhatian apabila muncul dalam “Reply 1988”, salah satu siaran tvN sebagai Seong Bo-ra, yang mendapat sambutan hangat oleh penonton. Di samping itu, Ryu Hye-young telah melakukan persembahan lakonan yang hebat dalam “Law School” oleh siaran JTBC, yang menunjukkan penghadaman watak yang sempurna.ryu hyeyoungLee Jin-seong, Ketua Pegawai Eksekutif King Kong by Starship Entertainment, berkata,

Ryu Hye-young ialah seorang pelakon dengan kemahiran lakonan yang ikhlas dan unik.

Sementara itu, King Kong By Starship Entertainment yang menandatangani kontrak dengan Ryu Hye-young, termasuk penyanyi K.will, Monsta X, Cosmic Girls, Jeong Se-woon, CRAVITY, dan Ive dan lain lain lagi.

Tak sabar nak tunggu karya seterusnya daripada Ryu Hye-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...