Ikuti Kami:

Ryeoun, Jung Geunjoo Sertai Shin Yeeun & Kang Hoon Dalam ‘Flower Scholar’s Love Story’

Ryeoun, Jung Geunjoo Sertai Shin Yeeun & Kang Hoon Dalam ‘Flower Scholar’s Love Story’

Drama SBS terbaru bakal menemui korang tidak lama lagi!

Pihak produksi sebuah drama terbitan SBS, “Flower Scholar’s Love Story”, kini mengesahkan barisan pelakon utamanya, Shin Ye-eun, Ryeoun, Kang Hoon dan Jung Geon-joo.

Drama ini dijadualkan untuk memulakan siaran pada fasa pertama awal tahun depan. “Flower Scholar’s Love Story” ini mengisahkan mengenai Yoon Dan-oh, pemilik rumah asrama “Gaekju Ewha-won” yang mampu memecahkan segala jenis stereotaip. Ianya satu drama yang membawa nafas baru namun masih mengekalkan elemen misteri dan juga romantis sekaligus. flowerShin Ye-eun meraih perhatian dengan membawa watak Yoon Dan-oh yang mempunyai keyakinan diri dan ceria dan hidup pada zaman Dinasti Joseon. Manakala, Ryeoun pula bakal membawa watak sebagai Kang San, seseorang yang mempunyai karisma dan rahsia terpendam.

Bagi Kang Hoon, dia bakal memegang watak sebagai Kim Si-yeol, seseorang yang mudah terpedaya dengan segala tipu helah dan ketidakadilan yang berlaku pada zaman itu. Jeong Yu-ha pula akan memegang watak sebagai Jung Geon-joo, seseorang yang sentiasa menjaga hati dan perasaan orang lain dan juga seorang yang rajin untuk meraih kebaikkan untuk dirinya. ryeowonYay tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...