Ikuti Kami:

‘Running Man’ Upload Klip Akhir 7 Ahli Dengan Tajuk ‘Rindu’, Khabar Angin Gary Kembali Sertai Mula Bertiup

‘Running Man’ Upload Klip Akhir 7 Ahli Dengan Tajuk ‘Rindu’, Khabar Angin Gary Kembali Sertai Mula Bertiup

Umum jelas berasa sedih apabila Gary mengumumkan bahawa dia memilih untuk mengundurkan diri daripada “Running Man” beberapa tahun lepas kerana mahu fokus kepada bidang muzik.

Selepas itu, lelaki tersebut telah menyepikan diri daripada dunia hiburan sebelum mengumumkan berita perkahwinan dengan wanita pilihan selain turut menimang anak lelaki, Ha-Oh pada tahun yang sama.

Walaupun kini telah kembali aktif dalam dunia seni menerusi rancangan “Superman Returns” tetapi rasanya banyak peminat “Running Man” yang mengimpikan Gary kembali bergabung dengan ahli rancangan tersebut.

running man gary

Terbaru, saluran YouTube rasmi “Running Man” telah memuat naik satu video baru di mana ianya adalah klip episod akhir Gary bersama rancangan popular tersebut. Malah tajuk yang diletakkan ialah “Kami rindu”.

Bahkan sedutan itu yang baru sahaja dimuat naik pada 24 September baru-baru ini, sudah pun merekodkan sebanyak lebih 600,000 tontonan. Rasanya ramai yang juga turut rindu untuk melihat telatah Gary bersama ahli “Running Man” yang lain. Tambahan pula, dia mula menerima perhatian ramai dek muncul dalam program tersebut daripada 2010 sehingga 2017.

running man gary

Disebabkan oleh posting video tersebut, ramai peminat yang mula mengagak sama ada pihak produksi  akan membawa Gary datang ke “Running Man” tak lama lagi.

Tapi sayangnya video tersebut tak dapat ditonton oleh peminat di Malaysia. Siapa sahaja yang tak gembira kalau Gary kembali walaupun sebagai tetamu sahaja kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...