Ikuti Kami:

‘Running Man’ Sambut Ulang Tahun Ke-13, Penonton Kritik Suntingan Episod Baru Kian Malas?

‘Running Man’ Sambut Ulang Tahun Ke-13, Penonton Kritik Suntingan Episod Baru Kian Malas?

Dalam diam, rupanya “Running Man” sudah pun bersiaran selama 13 tahun kini!

Untuk episod terbaru ini, mereka membawa Lee Dae-ho dan Hwang Kwang-hee sebagai tetamu di mana kesemuanya perlu mencari seorang penjahat yang menyamar dalam misi ‘Running Scout’.

Walaupun ada yang gembira kerana rancangan itu sudah kembali mengembalikan permainan melibatkan fizikal, tapi ada juga yang masih meninggalkan komen kurang berpuas hati dengan beberapa episod sejak kebelakangan ini.

Kata mereka, sepertinya pihak produksi sudah kurang menggunakan suntingan kelakar seperti menyelitkan ayat kelakar serta muzik latar yang tidak sebanyak dahulu.

sbs running man

Malah ada yang mempersoalkan mengenai konsep misi kali ini yang mempunyai banyak ‘lubang’ dan kejanggalan.

Kalau ada penjara dan pengintip, awak patut dedahkan identiti penjahat sejak dari awal.

Atau, daripada menanggalkan tag nama mengikut permintaan penjahat, mungkin mereka patut kumpul sekurang-kurangnya tiga tag untuk dikeluarkan.

Dengan itu, mereka boleh mendapat bahagian dengan bersembang ketika menghabiskan masa dalam penjara.

Masuk akal ke kalau ada penjara tapi tiada masa bersembang..?

Jadi, apa hubungan antara pengakap dengan penjahat? Kenapa awak kena jadi pengakap baru boleh kumpul lencana?

Dengan lencana yang dikumpul, akan ada wang hadiah. Jadi, mana kita boleh gunakan wang ini nanti?

sbs running man

Komen di TikTok juga meluahkan rasa hairan kerana kesudahan yang agak tergantung,

Ending macam tergantung, bagilah tetamu beri ucapan terakhir dahulu.

 

Kenapa ending sekarang habis macam tu je?

Apa kata korang yang menonton episod ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...