‘Running Man’ Sambar Pelbagai Anugerah Di ‘2019 SBS Entertainment Awards’!

running man sbs entertainment awards 2019

Sudah masuk hujung tahun ini, banyak majlis penganugerahan dan juga festival muzik yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada para selebriti yang telah bertungkus-lumus memberikan hiburan kepada penonton sepanjang tahun. Stesen televisyen SBS (Seoul Broadcasting Station) juga turut merebut peluang ini untuk mengadakan majlis anugerah bagi rancangan hiburan yang disiarkan di bawah saluran mereka iaitu “2019 SBS Entertainment Awards”.

Seperti yang diketahui umum, “Running Man” merupakan antara rancangan hiburan yang bertahan lama di bawah stesen penyiaran SBS ini. Memulakan tayangan sejak tahun 2010, mereka kini sudah hampir menjangkau usia 10 tahun pada tahun hadapan. Hebat!

running man sbs entertainment awards 2019

Meskipun menghadapi beberapa halangan dan kesusahan sepanjang tayangannya seperti pertukaran pengarah, pertukaran ahli dan juga khabar angin pembubaran program. Namun mereka berjaya berdiri teguh sehingga kini! Bahkan rating “Running Man” juga kian meningkat pada saban episod.

Jadi tidak hairanlah sekiranya “Running Man” berjaya merangkul banyak anugerah di “2019 SBS Entertainment Awards” yang berlangsung baru-baru ini. Boleh dikatakan hampir semua ahli rancangan itu mendapat anugerah penghargaan daripada stesen penyiaran tersebut.

Daesang (Anugerah Utama) – Yoo Jaesuk

running man sbs entertainment awards 2019

Anugerah Kecemerlangan Teratas (Realiti) – Kim Jongkook

running man sbs entertainment awards 2019

Anugerah Kecemerlangan (Program Hiburan) – Yang Sechan

running man sbs entertainment awards 2019

Anugerah Bintang Media Sosial – Lee Kwangsoo

running man sbs entertainment awards 2019

Anugerah Penghibur SBS – Haha

running man sbs entertainment awards 2019

Anugerah Program Global – Running Man

running man sbs entertainment awards 2019 running man sbs entertainment awards 2019

Diharapkan agar setiap ahli “Running Man” terus berlari dengan lebih gigih lagi pada tahun 2020! Tahniah!

Sumber: sbs.co.kr

Leave a Reply