Utama Rancangan Hiburan ‘Running Man’ Muat Naik Klip Kompilasi ‘Sweet’, Peminat Mahu Episod Khas Song...

‘Running Man’ Muat Naik Klip Kompilasi ‘Sweet’, Peminat Mahu Episod Khas Song Jihyo & Kim Jongkook ‘Dating’

song jihyo kim jongkook

Rasanya ramai yang menyokong perhubungan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo dalam “Running Man” kan?

Bagi menyokong minat penonton, SBS telah memuat naik video kompilasi momen ‘sweet’ antara kedua mereka baru-baru ini di laman YouTube rasmi “Running Man”.

Di dalam klip berkenaan, terselit lebih 20 minit interaksi berbunga antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo selain usikan dari ahli lain.

Komen penonton,

Sangat comel dan berbunga melihatkan Ji-hyo yang memberikan respon positif.

 

Semakin Ji-hyo berusia, semakin cute dia.

 

Dia nampak lebih positif apabila ahli lain menyokongnya.

 

Kelakar lihat dia melayan mereka.

 

Ini bakal menjadi video kegemaran saya.

Namun komen yang menarik perhatian ramai ialah,

Tolonglah bertemu janji satu hari dan ahli lain mengawal pergerakan mereka.

Malah sebelum ini, Yoo Jae-suk ada menyatakan hasrat untuk melihat keduanya menjalani temu janji sambil diperhatikan ahli lain.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...