Ikuti Kami:

Running Man Hanya Kelakar Sebab Lee Kwangsoo?

Running Man Hanya Kelakar Sebab Lee Kwangsoo?

Rata-rata rakyat Malaysia walaupun bukan peminat artis idola K-Pop mahupun penonton setia K-Drama, pasti pernah dengar tentang rancangan hiburan Korea iaitu ‘Running Man’. Rancangan ini masih bertahan walaupun dah mencecah hampir 10 tahun usianya! Bukan sahaja popular di Korea bahkan di serata dunia. Hebat betul penangan rancangan ini yang dianggotai oleh ahli asal iaitu Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, Kim Jongkook, Haha, Song Jihyo dan Kwangsoo serta ahli baru iaitu Somin dan Yang Sechan.

Walaupun setiap ahli menyumbang tenaga mereka bagi menjayakan “Running Man”, ada yang berpendapat bahawa sekiranya tiada Lee Kwangsoo, rancangan itu tak kelakar langsung.

Siapa peminat setia program hiburan ini pasti tahu bahawa lelaki tinggi lampai itu sering menjadi bahan usikan utama oleh ahli yang lain. Sikapnya yang senang ‘dibuli’ itu menyebabkan mereka seronok mengacaunya sehinggakan para tetamu rancangan pun pasti ada yang akan mengenakannya!

running man hanya kelakar sebab kwangsoo

Lagi satu yang membuatkan wataknya itu dikenali ramai adalah kerana nasib malangnya setiap kali bermain apa-apa jenis permainan pun. Bayangkan, main ‘osom’ ataupun ‘ojus’ pun asyik kalah sahaja. Tak kira lagi, babak ‘lejen’ apabila dia memecahkan telur mentah di kepalanya sebanyak 2 kali berturut-turut!

Rata-rata netizen daripada Malaysia bersetuju dengan kenyataan bahawa Kwangsoo yang membuatkan Running Man kelakar. Sehinggakan ada yang cakap mereka akan berhenti menonton rancangan itu sekiranya lelaki itu berhenti.

running man hanya kelakar kerana lee kwangsoo

running man hanya kelakar sebab lee kwangsoo

Walaubagaimanapun, ada peminat “Running Man” lain yang tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana bagi mereka setiap ahli mempunyai keunikan mereka yang tersendiri.

running man hanya kelakar kerana lee kwangsoo

running man hanya kelakar kerana lee kwangsoo

Yang penting, setiap ahli Running Man mempunyai kepentingan masing-masing dalam menjayakan program itu. Sesiapa yang telah menonton rancangan itu sejak daripada awal lagi pasti mahukan semua ahlinya berada dalam rancangan itu selama yang boleh.

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...