Ikuti Kami:

‘Running Man’ Dikritik Dek Parkir Di Kawasan OKU, Pihak SBS Beri Respon

‘Running Man’ Dikritik Dek Parkir Di Kawasan OKU, Pihak SBS Beri Respon

Dalam episod baharu yang ditayangkan semalam, rancangan hiburan popular “Running Man” telah menerima kritikan netizen.

Pada siaran 31 Julai “Running Man”, semua ahli dilihat meninggalkan pusat panjat tebing Seoul di taman Nanji Hangang selepas menerima misi. Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian penonton ialah apabila kenderaan pihak produksi “Running Man” terletak di zon parkir orang kurang upaya.

Meskipun kawasan parkir itu ditutup ketika penggambaran berlaku, sesetangah penonton menegaskan bahawa pasukan produksi tetap menyalahgunakan kemudahan OKU.

sbs running man

Selepas menerima beberapa kritikan daripada netizen, pihak SBS telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan mengatakan,

Ia adalah kecuaian pasukan produksi tanpa sebarang alasan, dan kami memohon maaf kepada penonton yang menyayangi dan mengambil berat tentang ‘Running Man’.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...