Ikuti Kami:

Rungkai Punca Wabak Zombi, 5 Sebab Perlu Layan Episod Khas ‘Kingdom: Ashin Of The North’ Di Netflix Kini

Rungkai Punca Wabak Zombi, 5 Sebab Perlu Layan Episod Khas ‘Kingdom: Ashin Of The North’ Di Netflix Kini

Dua musim menemui penonton, siri Netflix “Kingdom” kini kembali bagi menjawab pelbagai persoalan yang menjadi misteri semua.

Daripada sidang media eksklusif bersama barisan pelakon dan tenaga kerja “Kingdom: Ashin Of The North”, pelbagai rahsia dapat dirungkai mengenai episod khas siri ini.

Memperkayakan dunia Kingdom

Disukai seluruh dunia dek jalan cerita yang unik, dunia “Kingdom” sebenarnya adalah kaya namun kompleks dalam masa yang sama.

Ujar pengarah Kim Seong-hun, drama ini diikuti ramai kerana ‘jangkitan yang berlaku kerana ketamakan’ dalam musim pertama dan sejauh mana si tamak mahu mendapatkan kuasa di dalam musim kedua.

Malah dia menjanjikan pendedahan penting dalam episod khas ini yang membawa kepada penjelasan permulaan cerita “Kingdom”.

netflix kingdom: ashin of the north

(Kiri ke kanan) Pengarah Kim Seong-hun | Kim Roi-ha | Kim Si-a | Jun Ji-hyun | Park Byung-eun | Penulis Kim Eun-hee | Koo Kyo-hwan

Coretan terbaik Kim Eun-hee

Pengarah Kim Seong-hun turut mendedahkan apa yang diberitahunya kepada penulis Kim Eun-hee,

Saya tahu dia merupakan penulis yang hebat, tapi ini ialah garapan terbaiknya setakat ini.

Jun Ji-hyun pun rupanya penonton setia drama bersiri ini. Jelasnya,

Saya berjumpa penulis Kim Eun-hee di sebuah acara tertutup. Saya memberitahunya bahawa saya merupakan peminat dan sanggup muncul sebagai zombi mahupun watak kecil sahaja.

Jun Ji-hyun

Tak perlu bicara panjang, apabila nama Jun Ji-hyun diumumkan sebagai pemegang utama episod khas ini, sudah pasti ramai yang sudah tidak sabar menantikannya.

Malah Kim Eun-hee turut mendedahkan bahawa dia adalah peminat pelakon wanita popular itu,

Saya merupakan peminat Jun Ji-hyun dan saya sangat kagum dengan spektrumnya yang luas sebagai pelakon. Dia dianggap sebagai pemaisuri komedi romantik, namun saya juga sukakan emosi penderitaan mendalam yang ditonjolkan olehnya dalam filem seperti ‘Assasination’ dan ‘The Berlin File’.

Kata pengarah Kim Seong-hun,

Rasanya tiada pengarah yang akan melepaskan peluang untuk bekerja dengan Jun Ji-hyun.

netflix kingdom: ashin of the north

Ikhsan dari Netflix

Sisi lain Kingdom

“Kingdom: Ashin Of The North” berlaku sebelum wabak zombi tercetus di dalam musim pertama dan kedua. Ianya membawa cerita yang berlaku di sempadan Sungai Amnok di mana pelbagai kumpulan di wilayah selatan menghadapi ketegangan.

Ujar Kim Eun-hee,

Saya bermula dengan memikirkan di mana kawasan kebangkitan itu pada asalnya. Saya berharap agar dapat memuaskan rasa ingin tahu orang ramai mengenai siapa Ashin dan apa yang berlaku di wilayah selatan. Saya banyak terfikir mengenai kawasan kebangkitan tersebut dan mengkaji pelbagai bahan untuknya. Kawasan itu mempunyai ciri yang sejuk, jadi saya mula berminat dengan wilayah selatan dan mula terbayang apa yang akan berlaku sekiranya tumbuhan itu membiak di kawasan berkenaan.

netflix kingdom: ashin of the north

Ikhsan dari Netflix

Sebab Kingdom disukai ramai

Pengarah Kim Seong-hun menyatakan mungkin ia disebabkan oleh kisah sejarah manusia,

Saya sukakan ‘Kingdom’ kerana kami menciptanya bersama. Tapi kalau anda bandingkan projek lain dalam genre yang sama, siri ‘Kingdom’ menampilkan sejarah manusia: ketamakan, keinginan dan kuasa termasuklah konsep sakit, penderitaan atau kesedihan. Saya percaya kesemuanya tercipta dengan harmoni sehingga mencapai reaksi kimia yang saya rasa, menjadi kunci ianya disukai peminat daripada seluruh dunia.

Jawab Jun Ji-hyun,

Kenapa saya sukakan ‘Kingdom’? Ia bukanlah siri spesifik yang boleh diubah atau bergantung kepada pelakon sahaja. Ia berdasarkan skrip yang rapi, pengarahan hebat, seni mengasyikkan. ‘Kingdom’ boleh dirujuk sebagai seni komprehensif tersendiri. Saya berasa kagum dan berbangga kerana sesuatu seperti ‘Kingdom’ mampu dicipta di Korea dan dibawa ke seluruh dunia.

netflix kingdom: ashin of the north

Ikhsan dari Netflix

Peminat siri Netflix ini pasti tidak boleh terlepas menonton “Kingdom: Ashin Of The North”.

Sudah semestinya ramai yang ingin tahu permulaan kepada wabak tersebut kan? Jadi saksikannya di Netflix sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...