Utama Gossip Rumah Tangga Dilapor Sedang Bergolak, Netizen Terhibur Lihat Respon Tersirat Suami Jun...

Rumah Tangga Dilapor Sedang Bergolak, Netizen Terhibur Lihat Respon Tersirat Suami Jun Jihyun

choi joonhyuk dan jun jihyun

Baru-baru ini, telah tersebar satu khabar angin yang mengatakan bahawa rumah tangga Jun Ji-hyun dan suaminya sedang bergolak.

Bukan sahaja didakwa sudah tidak tinggal serumah, malah suaminya, Choi Joon-hyuk dikatakan sudah mempunyai teman wanita lain.

Walaubagaimanapun, agensi Jun Ji-hyun dengan pantas menangkis khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa kesemua dakwaan itu adalah tidak benar. Malah pihak yang dilihat terus menyebarkan berita tidak sahih itu mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang nanti.

Biasanya diam sahaja, namun suami Jun Ji-hyun nampaknya turut terpinga-pinga dengan khabar angin mengarut ini. Walaupun tidak memberikan kenyataan secara terus, namun respon tersirat Choi Joon-hyuk nyata membuatkan netizen terhibur.

jun jihyun bercerai

Lelaki itu dilihat telah menukar gambar profil aplikasi mesejnya kepada satu parodi daripada komik ‘Slam Dunk’. Jika dilihat dengan penuh, dialog keratan komeik tersebut ialah,

Saya mahu menjadi suami Jyeon Jyeon (Jun Ji-hyun).

choi joonhyuk dan jun jihyun

Jawapan kelakar Choi Joon-hyuk ini membuatkan peminat menarik nafas lega kerana yakin bahawa rumah tangga pasangan itu tidak mempunyai sebarang masalah. Malah lelaki itu mampu memberi respon yang kelakar sekaligus menyampaikan bahawa mereka tidak terkesan dengan khabar angin tersebut.

Boleh tahan kelakar eh suami Jun Ji-hyun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...