Ikuti Kami:

Rumah Jimin BTS Dilapor Kena Rampas Dek Tak Bayar Insurans, HYBE Beri Respon

Rumah Jimin BTS Dilapor Kena Rampas Dek Tak Bayar Insurans, HYBE Beri Respon

Baru-baru ini, laporan mengenai pangsapuri mewah milik Ji-min BTS yang telah dirampas dek gagal membayar insurans kesihatan, telah menjadi perbincangan di laman komuniti peminat.

Menurut BizHankook, Ji-min telah gagal membayar premium insurans kesihatannya, dan apartmennya di Nine One Hannam hampir disita pada 25 Januari 2022. Untuk pengetahuan, Nine One Hannam ialah salah satu pangsapuri paling mahal di Korea Selatan, berharga sekitar ₩5.90 bilion KRW (kira-kira RM 20,554,243).

Bagaimanapun, apabila berita itu tersebar, syarikat pengurusannya HYBE Labels terus memberi maklum balas kepada saluran berita Korea Newsen pada 24 April 2022, dengan kenyataan rasmi. Menurut agensi, Ji-min tidak menyedari insurans premium yang sepatutnya dibayar kerana jadual sibuknya di luar negara. Syarikatnya telah mengawasi e-melnya tetapi gagal menyampaikan surat yang sewajarnya kepada Ji-min, kerana kesilapan. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan:

Mengenai kes itu, syarikat menerima semua e-mel yang dihantar ke asrama artis, dan dalam proses menyerahkannya kepada artis namun, sebahagian daripada e-mel itu ditangguhkan kerana kesilapan. Ji-min telah menjalankan jadualnya di luar negara dan mempunyai rehat jangka panjang sejak akhir tahun lalu dan meneruskan jadual di luar negara selepas itu, jadi dia tidak menyedari hakikat bahawa bayaran insurans premiumnya telah tertunggak, dan selepas dia mengetahui, dia segera membayar tunggakan itu sepenuhnya dan buat masa ini, kes telah ditutup.

Kami memohon maaf kerana membimbangkan peminat dan artis kerana kesilapan syarikat kami.

rumah jimin bts

Sementara itu, BTS kini dalam persiapan untuk kemunculan semula mereka pada Jun ini.

Harap semuanya telah selesai dengan baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...