Ikuti Kami:

“Rumah Dia..” – Ji Sukjin Dedah Kekayaan Song Jihyo

“Rumah Dia..” – Ji Sukjin Dedah Kekayaan Song Jihyo

Siapa yang kenal Song Ji-hyo pasti tahu bahawa wanita itu tidak terlalu terbuka tentang kehidupan peribadinya.

Terbaru, Song Ji-hyo telah tampil sebagai tetamu dalam program Ji Suk-jin di YouTube, di mana mereka ada berborak tentang pelbagai perkara termasuklah mengenai rutin wanita itu.

Dalam siaran itu, Ji Suk-jin mendedahkan bahawa Song Ji-hyo sering merendamkan tuala dan pakaian dalamnya dalam air panas. Meskipun dianggap pelik, wanita itu menjelaskan sebabnya,

Awak kena rendamkannya. Ia lebih bersih selepas rendamkannya. Saya rasa semua kuman jahat akan hilang dan ia akan terus kering.

Soal Ji Suk-jin,

Awak ada pengering tak kat rumah?

song jihyo ji sukjin

Jawab Song Ji-hyo,

Tiada, saya hanya ada mesin basuh. Saya keringkan baju saya di ampaian. Saya mempunyai banyak bagasi jadi saya tidak mempunyai tempat untuk meletakkannya.

Kemudian lelaki itu turut mendedahkan tentang kekayaan Song Ji-hyo,

Rumah awak sangat besar. Ianya belum pernah ditunjukkan lagi. Saya tahu dia tinggal di pangsapuri mana dan pangsapuri itu hanya menyediakan saiz keluasan yang besar.

Song Ji-hyo kan memang sentiasa rendah diri!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...