Ikuti Kami:

Rumah Bernilai Lebih RM69 Juta, Song Joongki & Isteri Sudah Tinggal Bersama Di Seoul Kini?

Rumah Bernilai Lebih RM69 Juta, Song Joongki & Isteri Sudah Tinggal Bersama Di Seoul Kini?

Selepas berita perkahwinan Song Joong-ki bersama Katy Louise Saunders keluar, ada pelbagai laporan dan spekulasi lain yang dibuat oleh orang ramai kini.

Terbaru, Dispatch melaporkan bahawa Song Joong-ki bersama isterinya Katy Louise Saunders telah tinggal bersama di sebuah vila yang terletak di Hannam, Seoul, sejak musim bunga lalu.

Selain itu, ada juga laporan yang menyatakan bahawa pelakon lelaki itu turut menjemput ibu bapa Katy ke Korea selepas isterinya hamil dan mereka kini tinggal bersama di rumah yang bernilai 20 bilion won (lebih RM69 juta).

Tidak lama kemudian, agensi Song Joong-ki memberi respon,

Sukar untuk mengesahkannya kerana ia adalah kehidupan peribadi pelakon itu.

song joongki katy louis saunders

Tambahan, Dispatch turut mendedahkan foto Katy Louise Saunders sedang membeli barangan bayi di Korea, sambil ditemani penterjemah yang boleh mentafsir bahasa Korea, diupah oleh Song Joong-ki sendiri.

Semoga yang baik-baik sahaja semuanya.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...