Ikuti Kami:

Rugi RM43 Ribu, Wanita Brazil Ditipu Park Bogum ‘Palsu’

Rugi RM43 Ribu, Wanita Brazil Ditipu Park Bogum ‘Palsu’

Sungguh tak dijangka apabila pihak berkuasa melaporkan ada kes penipuan melibatkan ‘Park Bo-gum’.

Menurut Konsulat General Korea Selatan di Sao Paulo pada 19 September, Angela, seorang wanita Brazil kehilangan wang yang banyak dek ditipu lelaki yang menyamar sebagai Park Bo-gum pada 9 September lalu.

Wanita itu yang merupakan peminat budaya Hallyu dan drama Korea, bertukar mesej di Instagram dengan seorang lelaki yang mengenalkan diri sebegai Park Bo-gum baru-baru ini. Kata lelaki itu,

Saya mahu ke Brazil untuk menjumpai awak. Disebabkan agar sukar untuk melalui prosedur menggunakan perbelanjaan agensi saya, kalau awak hantar saya 13.41 juta won (RM43,897) dahulu. Saya akan membayar awak nanti.

park bogum

Angela kemudiannya menghantar duit kepada penyamar itu tanpa ragu-ragu. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat menghubungi lelaki tersebut selepas itu.

Selepas menerima laporan itu, pihak berkuasa Brazil mendapat tahu yang jenayah itu dilakuakn oleh lelaki tempatan di mana mereka menyamar sebagai selebriti Korea. Kata general konsulat,

Kebanyakan orang yang menyamar sebagai selebriti popular di media sosial ialah penipu. Kalau anda berasa mereka meragukan, sila laporkan kepada polis atau hubungi duta dan general konsulat.

Tambah pihaknya lagi, terdapat 6 hingg 7 kes yang sama berlaku mengenai penipuan ini. Pun begitu, dalam kes lain, para mangsa bernasib baik kerana tidak menghantar wang yang diminta. Dalam pada itu, polis Brazil akan menjejaki penipu yang menyamar sebagai Park Bo-gum ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...