Ikuti Kami:

Ruangan Komen IG Cha Seowon ‘Diserang’ Peminat Dek Bakal Kahwini Uhm Hyunkyung, Tapi Kenapa?

Ruangan Komen IG Cha Seowon ‘Diserang’ Peminat Dek Bakal Kahwini Uhm Hyunkyung, Tapi Kenapa?

Berita gembira yang sepatutnya mengiringi perkahwinan Uhm Hyun-kyung dan Cha Seo-won secara tiba-tiba terpalit dengan komen buruk orang ramai.

Beberapa hari lalu, pasangan yang mula berkenalan menerusi drama “The Second Husband” telah mengumumkan bahawa mereka akan berkahwin selain menimang cahaya mata pertama tak lama lagi.

Selepas pengumuman rasmi itu, Cha Seo-won turut memuat naik surat buat peminatnya di Instagram. Pun begitu, entri berkenaan dibanjiri dengan komen peminat yang menuduh lelaki itu khianati kepercayaan mereka. Eh dah kenapa?

cha seowon uhm hyunkyung

Khabarnya, hal ini kerana Cha Seo-won memiliki peminat yang ramai setelah membintangi drama BL (Boy Love) yang mengetengahkan percintaan antara dua lelaki berbeza bertajuk “Unintentional Love Story”.

Dalam siri itu, Cha Seo-won membawa watak pereka tembakar yang melalui hubungan naik dan turun dengan watak lakonan Gongchan B1A4. Pada ketika tayangan itu, drama tersebut berjaya menduduki tangga pertama di ranking TVING.

Mungkin menyokong hubungannya bersama ‘lelaki’, peminat menyerang ruangan komen Cha Seo-won kerana berkahwin dengan ‘wanita’,

Awak penting diri tanpa hormat atau tanggungjawab. Saya hormat pilihan awak tapi saya tak restu.

 

Padam pos ini, awak tak fikir ke pasal drama itu.

 

Usaha tiga pelakon yang lain akhirnya sia-sia.

cha seowon gongchan

Bukan sahaja Instagram, tetapi segelintir peminat di Twitter dan laman komuniti lain juga turut meluahkan kemarahan kerana terasa ‘dikhianati’.

Walau bagaimanapun, peminat pelakon itu yang lain mula membanjiri ruangan komen itu dengan kata-kata sokongan seperti,

Cuba berpijak di bumi yang nyata..

 

Lakonan ialah lakonan dan realiti ialah realiti.

 

Berkahwin tak semestinya menukar apa yang awak lakonkan.

Lahhh apa punya perangai ni..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...