Ikuti Kami:

Rotten Tomatoes Pilih ‘Hellbound’ Sebagai ‘Siri Seram Terbaik 2021’

Rotten Tomatoes Pilih ‘Hellbound’ Sebagai ‘Siri Seram Terbaik 2021’

Pada saban tahun, laman review filem dan drama popular iaitu “Rotten Tomatoes” akan memilih pelbagai naskhah terbaik mengikut genrenya.

Terbaru, laman berkenaan telah meriliskan pemenang bagi setiap kategori untuk ‘Best Of 2021 Golden Tomato Awards’.

Dalam banyak naskhah antarabangsa yang dipilih, nampaknya satu siri Korea telah terselit di dalamnya.

Merupakan antara siri Netflix popular tahun ini, “Hellbound” menduduki tempat pertama bagi ranking ‘Siri Seram Terbaik 2021’.

netflix hellbound

Antara siri lain yang tersenarai ialah “Evil: Musim Kedua”, “Calls”, “Midnight Mass: Limited Series”, “Chucky”, “Brand New Cherry Flavour”, “Them”, “Lisey’s Story” dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, drama fantasi “Hellbound” membawa kisah malaikat yang mempunyai kuasa luar biasa muncul secara tiba-tiba dan mengheret manusia ke neraka. Ianya turut dibarisi Park Jung-min, Kim Hyun-joo, Won Jin-ah dan Yang Ik-jun.

Hebat betul “Hellbound”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...