Ikuti Kami:

Romantis! Jisung Hantar Trak Makanan & Minuman Ke Set Drama ‘Mine’ Buat Lee Boyoung

Romantis! Jisung Hantar Trak Makanan & Minuman Ke Set Drama ‘Mine’ Buat Lee Boyoung

Suka betul apabila selebriti Korea menunjukkan sokongan terhadap pasangan mereka.

Meskipun kebanyakan daripada mereka lebih senang mendiamkan diri, namun rata-rata tetap memberikan perhatian apabila pasangan mereka menyertai sebarang projek.

Terbaru, pelakon Jisung dilihat menghantar trak makanan dan trak kopi ke lokasi penggambaran “Mine” yang dibintangi oleh isterinya, Lee Bo-young.

Minggu terakhir! Pelakon Jisung menghantar trak steak dan trak kopi di set panggambaran Lee Bo-young iaitu untuk drama ‘Mine’.

Kain rentang yang terpacak di trak itu disertai mesej,

Saya sedang menyokong Lee Bo-young dengan gembiranya. Pelakon paling disayangi di seluruh dunia, termasuklah pasukan ‘Mine’.

Semua orang! Sila jaga kesihatan diri sehingga ke akhirnya, dan semoga kuat.

Pada kain rentang di trak kopi pula,

Terima kasih kerana menyayangi dan menghargai Lee Bo-young saya dengan banyaknya.

Sudah pun 8 tahun berkahwin, nampaknya Jisung dan Lee Bo-young kekal romantis terhadap satu sama lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...