‘Romantic Doctor Kim 2’ Tamat Dengan Rating Tertinggi 27.1%, Dah Ada Ura-Ura Musim Ketiga?

episod akhir romantic doctor kim 2

Panas betul reaksi yang diterima oleh “Romantic Doctor Kim” musim kedua ini! Setelah berjaya memberi hiburan yang mengujakan kepada para penonton sepanjang tayangannya, drama perubatan popular itu kini sudah pun melabuhkan tirainya. Akhirnya penonton disajikan dengan berita gembira apabila Hospital Doldam selamat daripada ‘diserang’ oleh Pengarah Do Yoonwan yang tamak. Selain, Kim Sabu dan anak-anak didiknya terus menabur bakti dan kemahiran kedoktoran mereka kepada hospital di pinggiran bandar itu.

doctor romantic 2

Rating tinggi cecah bumbung

Kepopularitian drama ini tak dapat dipersoalkan lagi kerana setiap kali tayangan pasti ia akan trending di laman komuniti Korea dan juga media sosial. Meskipun musim kedua siri perubatan ini tidak mencapai rating setinggi rekod yang dipegang oleh musim pertamanya tetapi ianya tetap menjadi buah mulut ramai peminat K-Drama.

Menurut Nielsen Korea, tayangan episod terakhir “Romantic Doctor Kim 2” ini berjaya mencatat purata rating 21.1%, 25.4% dan 27.1% dan menjadikan ia sebagai catatan terbaik drama ini sepanjang tayangannya.

episod akhir romantic doctor kim 2

Khabar angin musim ketiga

Dengar cerita pihak produksi “Romantic Doctor Kim” memberikan reaksi yang positif mengenai kemungkinan musim ketiga untuk drama perubatan ini. Tak pasti bilakah akan terjadi tapi mungkin tak lama lagi.

Han Sukkyu yang membawa watak Kim Sabu (Teacher Kim) juga menyatakan rasa teruja sekiranya benar impian musim ketiga akan direalisasikan tak lama lagi.

Kalau ada peluang, saya akan menanti musim ketiga dengan harapan dan keterujaan.

han sukkyu romantic doctor kim 2

Selesai sudah drama yang menjadi kegilaan ramai sejak kebelakangan ini. Mesti ramai yang dah rindu nak tengok gelagat Kim Sabu, Woojin, Eunjae, Euntak, Areum dan kesemua kakitangan Hospital Doldam yang menghiburkan kan?

Sumber: NoCutNews

1 komen

  1. […] Episod pertama “Nobody Knows” telah merekodkan rating 6.6% dan 9% dan ianya adalah satu pencapaian yang sangat baik oleh sebuah drama baru. Pun begitu ia sedikit ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan rating drama “Romantic Doctor 2” yang ditayangkan sebelum ini di mana ianya berjaya mencapai 21.1%, 25.4% dan 27.1%. […]

Leave a Reply