Ikuti Kami:

Romance Is A Bonus Book : Drama Romantik Komedi Terbaru Dari Korea

Romance Is A Bonus Book : Drama Romantik Komedi Terbaru Dari Korea
risbb Drama terakhir lakonan Lee Jong Suk ini sebelum dia pergi berkhidmat untuk negara pastinya dinantikan oleh peminat-peminat cerita romantik Korea.  Boleh ditonton di Netflix, drama ini telah  disiarkan di saluran berbayar tvN pada Januari hingga Mac 2019 dengan keseluruhannya 16 episod. Mengisahkan tentang Cha Eun Ho (Lee Jong Suk) seorang penulis yang genius dan juga ketua audit termuda di syarikatnya. Walaupun dia seorang yang agak panas baran di tempat kerja, namun dia adalah seorang yang baik hati dan bertoleransi. risbb Kang Dan Yi (Lee Na Young) pula ialah bekas penulis yang sangat popular tetapi telah bangkrup dan tidak mempunyai kerja. Dia pernah cuba untuk mendapatkan kerja, namun oleh kerana pengalaman kerja yang hebat dan juga latarbelakang pelajaran yang terlalu tinggi, tiada syarikat  yang ingin mengambilnya bekerja. Dengan menipu latarbelakangnya akhirnya Dan Yi berjaya mendapat kerja di syarikat penerbitan tempat kerja Eun Ho. Disinilah drama percintaan mereka bermula.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...