Ikuti Kami:

Roh Syaitan Masuk Badan Park Shinhye, Episod Awal ‘The Judge From Hell’ Raih Rating Tinggi

Roh Syaitan Masuk Badan Park Shinhye, Episod Awal ‘The Judge From Hell’ Raih Rating Tinggi

Selepas “Doctor Slump”, Park Shin-hye kembali dengan drama baru iaitu “The Judge From Hell”!

Diterajui Park Shin-hye dan Kim Jae-young, “The Judge From Hell” ialah drama romantik fantasi yang mengisahkan tentang Kang Bit-na, seorang hakim mahkamah yang telah meninggal dunia namun hidup semula selepas syaitan dari neraka memasuki badannya.

Menurut Nielsen Korea, drama tersebut telah berjaya merekodkan rating tinggi mencecah 6.8% untuk episod pertama dan 9.3% untuk episod kedua di seluruh negara, menunjukkan pencapaian yang hebat.

the judge from hell

Meskipun masih dalam episod awal, terdapat beberapa adegan yang mungkin membuatkan penonton tidak selesa seperti babak senjata dan pembunuhan kejam.

Sementara itu, “The Judge From Hell” ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu menerusi laman Disney+.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Yonhap News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...