Ikuti Kami:

“Rocky Sambut Saya Dengan Mesra” – Yoon Chanyoung Dedah Pernah Jadi Pelatih K-Pop Bersama ASTRO

“Rocky Sambut Saya Dengan Mesra” – Yoon Chanyoung Dedah Pernah Jadi Pelatih K-Pop Bersama ASTRO

Pelakon Yoon Chan-young mendedahkan bahawa dia pernah berlatih dengan ahli kumpulan lelaki K-pop ASTRO pada masa lalu.

Pada siaran 25 Februari program “You Hee-yeol’s Sketchbook”, pelakon dari siri popular Netflix “All Of Us Are Dead” Yoon Chan-young dan Lee Yoo-mi, telah muncul sebagai tetamu. Semasa berborak, Yoon Chan-young berkongsi bahawa dia pernah menjadi seorang pelatih K-pop, yang membuatkan semua orang terkejut.

Apabila ditanya sama ada dia boleh menjelaskan perkara ini sedikit, Yoon Chan-young berkongsi,

Selepas saya sudah membuat penampilan sulung saya, saya menerima panggilan daripada satu agensi. Mereka berkata ia akan membantu saya jika saya mengikuti kelas vokal dan tarian. Mereka seperti, ‘Ia akan berguna satu hari nanti’. Jadi, saya mula berlatih. Saya berlatih hampir sama seperti pelatih K-pop yang lain.

Dia meneruskan,

Itulah ketika saya bertemu ahli ASTRO. Saya berlatih dengan mereka. Apabila saya mula-mula pergi ke studio tarian, ROCKY menyambut saya dengan sangat mesra. Dia membawa saya keluar untuk makan dan dia membelikan saya hot pot bulgogi pada masa itu. Sudah hampir 10 tahun berlalu, tetapi ingatan hari itu masih terbayang di kepala saya.

yoon chanyoung rocky astro

Kemudian, hos You Hee-yeol bertanya,

Berapa umur dia ketika itu? Dan berapa umur kamu?

Dengan senyuman, Yoon Chan-young menjawab,

Dia berumur 15 tahun, dan saya berumur 13 tahun. Kami berdua masih muda.

Fuhh. Patutlah Yoon Chan-young bukan sahaja boleh berlakon, tapi rap pun hebat! Cuba korang dengar dalam video di atas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...