Ikuti Kami:

Robin Hood Versi Penjenayah, ‘Leverage’ Tonjol Aksi Penjenayah Elit ‘Scam’ Penjenayah Kaya Lain!

Robin Hood Versi Penjenayah, ‘Leverage’ Tonjol Aksi Penjenayah Elit ‘Scam’ Penjenayah Kaya Lain!

Banyak betul drama Korea yang nak kena ‘kejar’ sekarang ini. Semuanya pun best sampai tak tahu nak tengok yang mana dulu! Dahlah plot cerita memukau, teraju utama pun semua berbakat besar. Admin pun dah banyak cerita tentang drama Korea yang sedang ditayangkan, kali ini ada lagi cerita baru yang best nak diperkenalkan kepada anda semua.

Pernah dengar tak drama bertajuk “Leverage”? Drama ini mengisahkan tentang Lee Taejoon (Lee Donggun) iaitu seorang penyiasat bagi penipuan insurans yang sangat cekap. Namun selepas satu insiden yang meragut nyawa anaknya, dia telah berhenti kerja dan mula merekrut beberapa penjenayah terkenal untuk menubuhkan satu pasukan penipuan elit. Pasukan itu dianggotai oleh Hwang Sookyung (Jeon Hyebin), Ko Nabyeol (Kim Saeron), Roy Ryu (Kim Kwon) dan Jung Uiseong (Yeo Hoiyeon). Bersama-sama, mereka ‘mengenakan’ dan mencuri duit daripada penjenayah kaya dan memulangkan kesemua duit itu kepada mangsa-mangsa mereka.

drama leverage

Kalau anda nak tahu, drama ini merupakan adaptasi daripada drama dengan tajuk yang sama daripada Amerika Syarikat dan ditayangkan di saluran TNT. Namun, mereka tidak mengambil isi cerita bulat-bulat daripada drama asal itu dan telah mengubahnya bersesuaian dengan hal insurans dan jenayah di Korea.

Setiap ahli pasukan “Leverage” ini pasti menarik perhatian penonton kerana personaliti dan kemahiran mereka yang berbeza-beza. Ketua kumpulan itu ialah Lee Taejoon, Hwang Sookyung pula bertanggungjawab sebagai penipu, Ko Nabyeol ialah pencuri, Roy Ryu diberi gelaran sebagai senjata manusia dan terakhir sekali, Jung Uisung pula bertanggungjawab sebagai si celik teknologi.

drama leverage

Pengarah drama ini turut menjelaskan bahawa kekuatan “Leverage” terletak pada kesegarannya. Setiap ahli pasukan itu membawa pelbagai peranan seperti sofistikated serta permainan ‘perah otak’ dalam menangkap watak antagonis. Walaupun kadang-kadang babak yang dirakamkan agak mendebarkan tetapi mereka turut menyelitkan komedi bagi menghiburkan hati penonton.

Kepada sesiapa yang suka tonton drama aksi yang mendebarkan, bolehlah mula menonton drama “Leverage”. Anda pasti akan tak senang duduk bila menonton babak mereka cuba menipu penjenayah kaya yang lain!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...