Pejam celik pejam celik, hari yang dinantikan ARMY akan tiba tak lama lagi!
Menerusi laman Weverse, Big Hit Music mengumumkan RM, Ji-min, V dan Jung-kook BTS telah menamatkan perkhidmatan tentera aktif mereka dan sedang menunggu tempoh pelepasan.
Untuk pengetahuan, RM dan V akan keluar pada 10 Jun nanti, manakala Ji-min dan Jung-kook pula akan dilepaskan pada keesokan harinya, 11 Jun.
Memandangkan ramai juga tentera lain akan keluar pada hari yang sama, agensi turut meminta peminat agar tidak mengadakan apa-apa acara berasingan di tapak tentera kerana risau akan keselamatan dan kesesakan yang akan mengakibatkan orang lain. Kata mereka,
Keselamatan artis dan peminat adalah keutamaan jadi, kami meminta anda untuk tidak melawat tapak tentera. Kami sentiasa berterima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berubah yang diberikan kepada RM, Ji-min, V dan Jung-kook, serta akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menyokong artis kami.
Sementara itu, Suga adalah ahli terakhir yang akan menamatkan perkhidmatan tenteranya iaitu pada 21 Jun nanti.
Akhirnya, BTS kembali!