Korang ingat tak sebelum ini, kami ada kongsikan bahawa RM BTS akan menjadi pengacara bagi satu program hiburan?
Terbaru, tvN berkongsi maklumat penuh bagi program hiburan berinformasi “The Mysterious Dictionary of Useless Miscellaneous Human Knowledge” dan RM BTS bakal menjadi pengacara utama.
View this post on Instagram
tvN mengumumkan bahawa program itu bakal bersiaran pada 2 Disember pada jam 8:50PM waktu tempatan Korea (7:50PM waktu tempatan Malaysia).
Untuk pengetahuan, “The Mysterious Useless Miscellaneous Human Knowledge” bakal membincangkan kajian terhadap manusia dari perspektif yang berbeza dalam pelbagai bidang, termasuklah sastera, fizik, forensik dan astronomi.
https://twitter.com/chtvn/status/1589407288141520896
Nantikan gandingan RM BTS dan pengarah filem, Jang Hang-hoon okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.