RM BTS Akan Adakan Konsert Bagi Meraikan Pelancaran Album Solo ‘Indigo’ Disember Ini
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Siap sedia semua untuk penampilan solo RM BTS sebagai penyanyi!
Artikel Berkaitan
Bagi yang belum tahu, RM akan menjadi ahli BTS yang seterusnya akan melancarkan album solo berjudul “Indigo”, pada 2 Disember ini.
Terbaru, Big Hit Music mendedahkan bahawa RM telah merancang untuk mengeluarkan pelbagai kandungan sempena meraikan keluaran album solonya akan datang.
RM 'Indigo' Identity Film
2022.12.2. 2PM (KST) | 12AM (ET)#RM #Indigo pic.twitter.com/0dSwzGFuFx— BIGHIT MUSIC (@BIGHIT_MUSIC) November 22, 2022
Apa yang menarik perhatian, RM akan mengadakan konsert berskala kecil dengan kira-kira 200 penonton, selama 1 jam di dewan konsert Seoul.
Penonton bertuah akan dipilih melalui sistem loteri dan persembahan akan berlangsung pada 5 Disember nanti jam 7 malam.
Sama-sama kita nantikan persembahan RM!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




